Pakej Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV

Soalan Lazim

A. SOALAN AM

Untuk layak menerima Pakej Bantuan Peralihan  ini, kenderaan anda mesti :

(i) kenderaan dwi-bahan api (NGV/petrol/diesel) yang dipasangkan dengan Sistem Kit NGV dan masih aktif ; dan

(ii) mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang didaftarkan dengan JPJ pada bila-bila masa di antara 1 Oktober 2021 dan 30 September 2024.

B. PROSES PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat permohonan melalui laman sesawang www.pomen.peralihanngv.com.

Sila masukkan maklumat berikut di borang tersedia untuk menyemak kelayakkan:


1) Nama Pemohon
2) Nombor telefon Pemohon
3) Emel Pemohon
4) Nombor plat kenderaan
5) Nombor casis kenderaan

Nota: Pemohon yang layak akan menerima e-mel pengesahan. Sila tekan pautan yang tertera untuk membuat tempahan janji temu. Pautan akan dihantar bersama email bagi pemohon yang layak sahaja.

C. PROSES JANJI TEMU

Permohonan yang berjaya perlulah mengisi borang tempahan janji temu melalui pautan yang diberikan di dalam e-mel dan mengemukakan butiran dan lampiran seperti berikut:

 

  • Pilihan Lokasi
  • Pilihan Tarikh dan Masa
  • Muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan atau cover-note insurans. (dokumen hendaklah nyatakan nombor pendaftaran kenderaan & nombor casis)
  • Muat naik gambar terkini kenderaan yang mengandungi nombor pendaftaran kenderaan dan sistem NGV yang jelas.

 

Anda akan menerima pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu melalui e-mel dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja.

D. MENGHADIRI TEMU JANJI DI RAKAN BENGKEL ​

Pemohon hendaklah membawa kenderaan ke rakan bengkel seperti butiran di dalam slip temu janji.

  1. Kenderaan yang dibawa ke rakan bengkel mestilah kenderaan yang sama seperti dalam slip temu janji.
  2. Atas faktor keselamatan, gas di dalam kenderaan mestilah di dalam keadaan minimum – indikator gas pada kedudukan minimum atau tolok tekanan (pressure gauge) menunjuk bawah 500psi.

  3. Kerja-kerja menanggalkan Kit NGV akan mengambil masa dalam tempoh 3 hingga 4 jam. Pemohon digalakan untuk mengambil balik kenderaan pada hari yang sama.
  4. Selepas kerja-kerja menanggalkan selesai, pemohon akan menerima panggilan daripada rakan bengkel untuk mengambil semula kenderaan.
  5. Pemohon akan menerima “Job Completion Ticket” (JCT) melalui e-mel sebagai pengesahan kerja menanggalkan kit selesai.
  6. Jaminan kerja (warranty) akan diberi untuk hasil kualiti kerja menanggalkan kit NGV hanya kepada komponen-komponen kenderaan yang berkaitan sahaja.

E. BERKENAAN TIKET SELESAI KERJA (“JCT”)

JCT adalah bukti dokumen selesai kerja yang akan diberikan kepada pemohon setelah kit NGV selesai ditanggal.

JCT perlu disimpan pemohon sebagai bukti jika terdapat sebarang tuntutan jamin kerja ke atas rakan bengkel.

F. JAMINAN KERJA & SELEPAS SELESAI PROSES MENGGELUARKAN KIT NGV

Selepas Kit NGV selesai ditanggalkan, jaminan selama 3 bulan akan diberikan kepada anda, tertakluk kepada terma dan syarat di terma & syarat. Anda boleh menghubungi rakan bengkel yang menanggalkan kit NGV anda untuk membuat tuntutan jaminan kerja.