Dengan kerjasama PETRONAS NGV Sdn Bhd
Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan dwi-bahan api NGV (dual-fuel) yang layak untuk menanggalkan kit NGV secara percuma di Rakan Bengkel yang terpilih. Ini bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.
Permohonan perlu dibuat sebelum 30 April 2025
Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:
Hanya tiga langkah untuk memohon Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV.
Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:
1) Nama Penuh
2) Nombor Telefon
3) Alamat E-mel
4) Nombor Pendaftaran Kenderaan
5) Nombor Casis
Anda akan menerima e-mel, sila tekan pautan yang tertera.
Untuk membuat janji temu, isikan borang tempahan dengan butiran dibawah:
1) Tetapkan lokasi pilihan
2) Tetapkan tarikh dan masa pilihan
3) Muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan atau cover-note insurans.
4) Muat naik gambar terkini kenderaan.
Anda akan menerima pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu melalui e-mel.
Sila bawa kenderaan anda ke bengkel yang telah ditetapkan seperti di Slip Janji Temu.
Sila ambil maklum maklumat dibawah sebelum janji temu:
1) Pastikan paras gas NGV kenderaan rendah (penunjuk berwarna merah atau tekanan di bawah 500 psi).
2) Proses menanggalkan kit NGV mengambil masa kira-kira 4 jam. Anda diminta mengambil semula kenderaan pada hari yang sama.
3) Anda akan menerima Tiket Penyelesaian Kerja (JCT) melalui e-mel setelah selesai.
4) Jaminan selama 3 bulan akan diberikan bermula dari tarikh kit NGV ditanggalkan.
Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV dikendalikan oleh Rakan Bengkel yang terpilih dan terlatih bagi memastikan kerja yang dilakukan adalah mengikut prosedur yang betul. Ini bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.
Pusat Hentian Bas Kajang 23,
Jalan Hentian 4, Jalan Reko, Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang, Selangor
No. 19, Jalan Seri Rejang 3, Taman Seri Rampai,53000, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
No 35, Jalan S2 C2, Green Technology Park, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
No 8, Jalan Seharum 5, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor
No. 1, Kedai PPSK Rumpun Makmur, 28050 Kuala Krau, Pahang
955, Jalan Simpang, Kampung Lombong Bijeh Larut, 34000 Taiping, Perak
Untuk layak menerima Pakej Bantuan Peralihan ini, kenderaan anda mesti:
Pakej ini menawarkan khidmat menanggalkan kit NGV secara percuma.
Rakan bengkel kami juga dilatih mengikut prosedur yang ditetapkan untuk memastikan bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan betul.
Untuk makluman, pilihan untuk menanggalkan kit NGV boleh dibuat sehingga 31 Julai 2025.
Walau bagaimanapun, tarikh akhir bagi permohonan Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV adalah pada 30 April 2025.
Sehubungan itu, pemohon dinasihatkan untuk menghantar permohonan selewat-lewatnya pada 30 April 2025, manakala proses menanggalkan kit NGV boleh dilakukan sehingga 31 Julai 2025.
Permohonan boleh dibuat permohonan melalui laman sesawang www.pomen.peralihanngv.com.
Sila masukkan maklumat berikut di borang tersedia untuk menyemak kelayakkan:
1) Nama Pemohon
2) Nombor telefon Pemohon
3) Emel Pemohon
4) Nombor plat kenderaan
5) Nombor casis kenderaan
Nota: Pemohon yang layak akan menerima e-mel pengesahan. Sila tekan pautan yang tertera untuk membuat tempahan janji temu. Pautan akan dihantar bersama email bagi pemohon yang layak sahaja.
Kenderaan yang tidak berdaftar dengan JPJ sebagai kenderaan NGV adalah tidak layak untuk memohon Pakej ini.
Anda masih boleh memohon Pakej ini dengan membuat rayuan melalui pautan berikut Borang Rayuan dan mengemukakan butiran yang diminta, termasuk muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan dan gambar terkini kenderaan yang mengandungi nombor pendaftaran kenderaan dan sistem NGV yang jelas.
Nota: Borang rayuan anda akan disemak dan keputusan rayuan akan dihantar melalui e-mel yang berdaftar.
Kenderaan yang telah menanggalkan sistem kit NGV melalui pakej ini dikecualikan daripada pemeriksaan PUSPAKOM untuk tujuan mengemas kini geran kenderaan. Geran kenderaan akan dikemas kini secara automatik oleh JPJ dalam tempoh antara 30 hingga 45 hari selepas menanggalkan sistem kit NGV berjaya.
Jika geran anda masih tidak dikemaskini selepas tempoh ini, sila hubungi MesraLink di 1-300-88-8181.